PENGENALAN
- Modul ini adalah hasil kajian oleh 8 orang anggota Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Matlamat kajian adalah menganalisis prinsip, strategi dan teknik-teknik motivasi yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila belia mendorong perubahan kepercayaan, sikap dan tingkah laku.
OBJEKTIF
- Memperkenalkan hadith-hadith psikologi yang mengandungi prinsip, strategi dan teknik-teknik mendorong orang berfikir.
- Menunjukkan cara-cara bagaimana Nabi mendorong pelbagai lapisan pekerja supaya suka berfikir.
- Melatih peserta kursus menggunakan teknik-teknik Nabi supaya mereka mempunyai skil-skil mendorong orang bawahan suka berfikir.
- Mengurangkan situasi konflik salah-menyalahkan antara orang bawah dan ketua.
Kandungan Kursus
Sesi 1 : Memperkenalkan strategi dan teknik Nabi mendorong orang bawah berfikir.
Sesi 2 : Bagaimana Nabi mengetuai sesi brain-storming, menilai idea kreatif, dan memilih pelaksana inovasi.
- Aplikasi hadith 'Bilal Azan'.
Sesi 3 : Bagaimana Nabi mendorong orang pintar berfikir untuk bertanya.
- Aplikasi hadith 'Soalan Agung'.
Sesi 4 : Bagaimana Nabi mendorong orang kurang berdisiplin berfikir.
- Aplikasi hadith '12 Malaikat'.
Sesi 5 : Bagaimana Nabi mendorong orang supaya suka mengambil sikap berfikir tanpa disuruh- suruh.
- Aplikasi hadith 'Perbendaharaan Syurga'.
Sesi 6 : Bagaimana Nabi mendorong dan menguruskan orang bawahan yang karakternya lemah dan tidak suka berfikir.
- Aplikasi hadith 'Safwan Bangun Lewat'.
Sesi 7 : Rumusan dan pelan tindakan.
Sesi 8 : Penilaian.
Impak
- Menghasilkan lebih banyak inovasi.
- Meningkatkan jumlah solusi kreatif.
- Mengurangkan risiko kerugian.
- Meningkatkan keselamatan.
- Mengurangkan kesilapan.
- Mengurangkan beban kerja yang tidak produktif.
No comments:
Post a Comment