PENGENALAN
- Ketua-ketua tidak perlu mengeluarkan wang dari poket sendiri bagi membeli hadiah-hadiah material untuk diberikan kepada orang bawah yang rajin bekerja supaya mereka berasa sumbangan mereka dihargai.
- Lagipun, hadiah material boleh menyebabkan banyak kesan sampingan yang negatif ke atas semangat kerja staf, baik semangat staf yang diberi hadiah itu mahupun mereka yang tidak diberi hadiah.
- Nabi Muhammad menunjukkan teknik yang betul apabila mendorong individu supaya rajin tanpa disuruh-suruh dengan menggunakan pelbagai jenis ganjaran sosial.
OBJEKTIF
- Mengenali jenis-jenis staf yang layak diberi ganjaran sosial.
- Memilih jenis-jenis kerja yang layak diberi ganjaran sosial.
- Mengenal pasti situasi dan konteks apabila ganjaran sosial perlu diberikan.
- Memilih jenis-jenis ganjaran sosial yang sesuai diberikan kepada staf cemerlang.
- Menerangkan prosedur dan teknik menggunakan ganjaran sosial sebagai pendorong semangat kerja.
Kandungan Kursus
Sesi 1 : Teknik memuji gaya Nabi.
- Aplikasi hadith 'Perempuan Kaya Mencuci Ludah'.
Sesi 2 : Struktur ayat pujian gaya Nabi.
- Aplikasi hadith '12 Malaikat Berebut-Rebut'.
- Aplikasi hadith 'Soalan Agung'.
- Aplikasi hadith 'Nabi Kagum'.
- Aplikasi hadith 'Si Keldai'.
Sesi 3 : Teknik memuji orang yang semangat berkorbannya sangat tinggi.
- Aplikasi hadith 'Zubair Pembela Nabi'.
Sesi 4 : Teknik memuji golongan yang banyak membantu membuat kerja-kerja orang lain.
- Aplikasi hadith 'Berjalan Membawa Pahala'.
Sesi 5 : Teknik memuji orang yang suka menambah ilmu.
- Aplikasi hadith 'Ubay Bahagia'
Sesi 6 : Rumusan dan pelan tindakan.
Sesi 7 : Penilaian.
Impak
- Mengurangkan risiko staf tidak berpuas hati dengan layanan ketua.
- Mengurangkan risiko staf mensabotaj produktiviti ketua.
- Mengurangkan risiko politik pejabat yang tidak sihat berlaku.
- Mengurangkan risiko staf berdengki-dengki dan berpuak-puak sesama mereka.
No comments:
Post a Comment