PENGENALAN
- Nabi Muhammad memberi nasihat dengan menggunakan teknik yang disukai oleh mereka yang menerima nasihatnya. Malah, banyak pengikut beliau sengaja datang berjumpa dengan tujuan khusus mahu meminta dirinya dinasihati.
- Antara mereka yang datang meminta nasihat dari Nabi adalah orang-orang yang mengaku bahawa mereka pernah melakukan kesalahan yang berat.
- Modul ini menerangkan kepada peserta dan juga melatih mereka, strategi, prosedur dan teknik-teknik Nabi memberi nasihat.
OBJEKTIF
- Menerangkan jenis-jenis nasihat yang diberikan oleh Nabi.
- Menerangkan jenis-jenis individu yang diberi nasihat oleh Nabi.
- Menerangkan prosedur dan teknik yang Nabi gunakan sepanjang proses memberi nasihat.
- Melatih peserta menggunakan teknik-teknik Nabi memberi nasihat.
Kandungan Kursus
Sesi 1 : Mengenal pasti elemen-elemen negatif dalam kata-kata nasihat yang menyebabkan nasihat ditolak.
- Aplikasi hadith 'Si Keldai'.
- Aplikasi hadith 'Orang Baik Menolong Syaitan'.
- Aplikasi hadith 'Pemuda Bercumbu di Pinggir Kota'.
Sesi 2 : Menasihati perempuan supaya memakai pakaian dengan betul.
- Aplikasi hadith 'Baju Nipis Asma'.
Sesi 3 : Teknik menasihati pihak-pihak yang berkonflik.
- Aplikasi hadith 'Sofea Menangis'.
- Aplikasi hadith 'Abdul Rahman dan Khalid al-Walid'.
Sesi 4 : Teknik membetulkan cara kerja yang salah.
- Aplikasi hadith 'Ammar Mandi Debu'.
- Aplikasi hadith 'Ekor Kuda Nakal'.
Sesi 5 : Teknik memuji golongan yang banyak membantu membuat kerja-kerja orang lain.
- Aplikasi hadith 'Berjalan Membawa Pahala'.
Sesi 6 : Rumusan dan pelan tindakan.
Sesi 7 : Penilaian.
Impak
- Meningkatkan pengaruh dan kepercayaan kepada ketua tim.
- Mengurangkan konflik dalam barisan kepimpinan tim.
- Meningkatkan prestasi dan motivasi anggota tim.
No comments:
Post a Comment